Find Your Home: Sistem Pencarian dan Penyewaan Rumah Sewa Berasaskan Web

Authors

  • Nurshaiera Johari
  • Mohd Hamdi Irwan Hamzah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

online home booking system, house rental management system

Abstract

Find Your Home merupakan satu sistem berasaskan web yang digunakan oleh pengguna untuk mencari rumah sewa di kawasan sekitar Parit Raja. Sistem berasaskan web ini mempunyai pautan bersama Google Maps API. Dengan adanya Google Maps API, pengguna dapat mengetahui lokasi keberadaan rumah sewa. Tujuan sistem Find Your Home ini dibangunkan adalah untuk memudahkan pengguna terutama pelajar di sekitar Parit Raja mencari rumah sewa serta bagi menangani masalah penipuan yang berlaku berkaitan rumah sewa dari sering terjadi di sekitar Parit Raja. Selain itu, kos perbelanjaan yang banyak terutama dari segi minyak juga merupakan satu masalah yang utama iaitu pengguna perlu mencari lokasi rumah sewa tanpa mengetahui sebarang maklumat berkaitan lokasi rumah sewa. Justeru itu, Find Your Home iaitu sebuah sistem berasaskan web dibangunkan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sering berlaku ini. Bukan itu sahaja, sistem Find Your Home ini juga dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh tuan rumah iaitu masalah dalam mencari penyewa. Seperti yang sedia maklum, majoriti tuan rumah menggunakan cara manual dalam menyewakan tuan rumah iaitu dengan menyebarkan maklumat berkaitan rumah sewa mereka di dalam laman sosial seperti Facebook, Whatsapp dan lain-lain. Dengan adanya Find Your Home, tuan rumah dapat menyebarkan maklumat rumah sewa mereka dengan lebih mudah. Tambahan lagi, pengurusan dalam penyimpanan data rumah serta pengguna juga akan lebih selamat dan terjamin serta dalam keadaan yang lebih teratur

Downloads

Published

18-05-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Johari, N., & Hamzah, M. H. I. (2021). Find Your Home: Sistem Pencarian dan Penyewaan Rumah Sewa Berasaskan Web. Applied Information Technology And Computer Science, 2(1), 104-123. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/471