Sistem Pengurusan Tempahan Lawatan Kompleks Kraf Johor

Authors

  • Nurul Afizah Samiran
  • Mohd Hamdi Irwan Hamzah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

sistem pengurusan atas talian, sistem tempahan atas talian

Abstract

Kompleks Kraf Johor (KKJ) merupakan sebuah destinasi persinggahan setempat pelancongan seni ikonik dan budaya tempatan di Johor Bahru. Ramai pelancong dari luar dan dalam negara yang selalu ke KKJ untuk membuat lawatan. Pada masa kini, KKJ masih menerima tempahan lawatan daripada pelanggan dengan kaedah manual seperti panggilan telefon, penghantaran surat dan sebagainya. Antara masalah yang timbul daripada kaedah sedia ada ini ialah maklumat tidak dapat diterima dengan jelas dan betul serta maklum balas antara pihak KKJ kepada pihak pelanggan juga tidak dapat diberikan dengan cepat. Oleh sebab itu, satu sistem pengurusan tempahan lawatan Kompleks Kraf Johor telah dibangunkan bagi menguruskan proses tempahan lawatan daripada pelanggan dengan berpandukan metodologi model air terjun serta menggunakan perisian Notepad++ dan Microsoft Project. Sistem ini dapat menjadikan proses tempahan lawatan ke KKJ dapat diuruskan dengan menggunakan sistem komputer yang lebih teratur dan efisien. Sistem ini dijangka akan memudahkan proses tempahan lawatan daripada pelanggan kepada pihak KKJ dan memudahkan pihak KKJ menguruskan tempahan lawatan daripada pelanggan.

Downloads

Published

18-05-2021

How to Cite

Samiran, N. A. ., & Hamzah, M. H. I. (2021). Sistem Pengurusan Tempahan Lawatan Kompleks Kraf Johor. Applied Information Technology And Computer Science, 2(1), 61–85. Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/469

Issue

Section

Articles