Sistem Penilaian Keceriaan Asrama SMK Ayer Lanas

Authors

  • Nurhusna Idayu Suhaimi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nureize Arbaiy UTHM

Keywords:

Sistem penilaian, sistem pengurusan, asrama sekolah, sistem berasaskan web

Abstract

Pengurusan asrama merupakan aspek yang perlu di titikberatkan bagi sesebuah sekolah. Aspek yang perlu di ambil perhatian dalam projek ini ialah penilaian terhadap keceriaan dan kebersihan bilik. Proses penilaian asrama sedia ada dijalankan secara manual menggunakan borang bercetak. Bagi penilai, mereka membuat penilaian pertandingan keceriaan dan kebersihan melibatkan pengiraan markah mengikut kriteria yang ditetapkan. Pengurusan maklumat yang dilakukan secara manual, memperlihatkan beberapa kelemahan yang dapat mengganggu perjalanan pentadbiran sesebuah organisasi. Maka, satu Sistem  Penilaian SMK Ayer Lanas berasaskan web akan dibangunkan sebagai alternatif kepada pihak asrama dalam mengurus dan menyimpan maklumat mengenai penilaian keceriaan asrama. Sistem dalam talian ini dapat membantu penilai untuk membuat penilaian kebersihan dan keceriaan terutama untuk membuat pengiraan markah pertandingan secara automatik dengan mudah dan tepat.  Sistem ini dibangunkan untuk menguruskan dan menyimpan maklumat. Penilai boleh mengisi borang penilaian dalam talian untuk menilai setiap bilik. Sistem ini boleh menjana markah secara automatik dan tepat. Di samping itu, pengesahan penilaian skor boleh disahkan oleh pengetua dengan lebih cepat sekaligus dapat menjana laporan akhir. Projek ini melibatkan tiga pengguna iaitu pentadbir, penilai dan pengetua. Projek ini dilaksanakan menggunakan model prototaip dan perisian pembangunan Bracket, MySqL sebagai pangkalan data dan PHP sebagai scripting language. Sistem ini akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan hasil yang cepat. Memandangkan penjimatan masa, kurang mengambil masa untuk mengira skor untuk setiap bilik. Oleh itu, sistem boleh meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penilaian dengan lebih tepat

Downloads

Published

18-05-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Suhaimi, N. I. ., & Arbaiy, N. (2021). Sistem Penilaian Keceriaan Asrama SMK Ayer Lanas. Applied Information Technology And Computer Science, 2(1), 297-306. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/464