Sistem Pengurusan Che Dah Corner

Authors

  • Nur Husnina Bahiah Halid
  • Mohd Amin Mohd Yunus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Sistem Pengurusan, Pengisian Rekod, Pencarian Maklumat

Abstract

Projek ini dibangunkan untuk sebuah sistem iaitu Sistem Pengurusan Che Dah Corner. Sistem Pengurusan Che Dah Corner bertujuan bagi membantu syarikat ini yang sekian lama menjalankan perniagaan pemprosesan makanan yang merekod kegiatan keluar masuk stok secara manual yakni diatas sehelai borang. Syarikat ini menghadapi masalah dalam pengiraan jumlah baki stok secara manual dan mengambil masa untuk menyemak semula rekod lama. Oleh itu, metod yang digunakan untuk merekod data tidak lagi efisyen disebabkan penggunaan kertas yang terlalu banyak setiap kali ingin merekod data dimana terdapat perkembangan setiap hari. Oleh itu, tercetus sebuah idea untuk membangunkan sistem ini bagi menyelesaikan masalah. Seterusnya, model yang digunakan bagi membangun sistem ini adalah ‘Iterative and Incremental Development’ iaitu sebuah teknik yang membangunkan sistem secara berulang disamping itu menaik taraf ciri-ciri sistem yang lain. Teknik ini adalah pengulangan yang membolehkan pembangun untuk melihat kembali hasil kerja yang lepas untuk semak semula dan menaik taraf. Maklum balas pengguna juga diperlukan untuk ubah suai target dan mendapatkan pencapaian akhir yang berjaya. Fasa model ini juga mengharungi dari fasa perancangan dan keperluan, analisis dan reka bentuk, perlaksanaan, pengujian dan akhir sekali ialah fasa penilaian. Projek ini juga dibangunkan melalui perisian Eclipse yang menggunakan bahasa pengaturcaraan Javafx, antara muka juga direka bentuk oleh perisian Scene Builder dan menggunakan pangkalan data MySQL.

Downloads

Published

07-12-2020

Issue

Section

Articles

How to Cite

Halid, N. H. B. ., & Mohd Yunus, M. A. (2020). Sistem Pengurusan Che Dah Corner. Applied Information Technology And Computer Science, 1(1), 22-31. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/459