Sistem Pengurusan Kelab E-Sukan Untuk UIAM (ECIIUM) Menggunakan Web Aplikasi (PHP)

Authors

  • Amirul Imran Abdullah Zahri
  • Hannani Aman UTHM

Keywords:

sistem berasakan web, pengurusan kelab sukan

Abstract

Sistem berasaskan web iaitu Sistem Pengurusan Kelab E-Sukan digunakan untuk membangunkan sistem kelab pengurusan ini. Antara penyataan masalah sistem sedia ada yang digunakan oleh ahli kelab di UIAM agak tidak cekap di mana mereka memerlukan beberapa aplikasi seperti WhatsApp, Instagram, Facebook, Google Form dan Twitter untuk menguruskan satu acara atau pertandingan. Selain itu, anggota biro kelab dan presiden kelab telah menguruskan pendaftaran orang-orang yang telibat dalam acara atau pertandingan dan barangan dengan hanya menggunakan kertas.  Masalah yang terakhir pula adalah dengan persekitaran menjual barang jualan yang telah diuruskan oleh bahagiam teknikal dalam universiti, ianya hanya dapat dibeli oleh pelajar UIAM dan orang luar yang datang ke UIAM sahaja. Pengguna bagi sistem ini ialah presiden kelab, ahli kelab dan pelajar UIAM yang telah mendaftarkan diri ke dalam sistem tersebut. Projek ini menggunakan kaedah metodologi berbentuk ‘air terjun’. Perisian Sublime Text 3 digunakan untuk pembangunan sistem manakala phpMyAdmin pula digunakan sebagai pelayar untuk menghubungkan pangkalan data bersama sistem dibangunkan tersebut. Secara keseluruhannya, sistem ini mampu membantu presiden kelab dan ahli kelab untuk menguruskan kelab, acara, pertandingan dan barang jualan. Cadangan untuk memperbaikkan sistem ini adalah dengan menambahkan lagi unsur-unsur “Human Computer Interaction” untuk memberikan mutu yang lebih terhadap pengalaman pengguna. Selain itu, sistem tersebut dicadangkan juga untuk menambahkan lagi kualiti sistem demi menjaga privasi dan kesulitan maklumat berkaitan dengan pengguna tersebut daripada dicerobohi oleh pengguna yang tidak sah. Akhir sekali, cadangan untuk menambahkan lagi beberapa modul untuk kemudahan kelab tersebut seperti blog, forum dan aplikasi chat untuk pengguna-pengguna tersebut berinteraksi antara satu sama lain.

Downloads

Published

18-05-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Abdullah Zahri, A. I. ., & Aman, H. (2021). Sistem Pengurusan Kelab E-Sukan Untuk UIAM (ECIIUM) Menggunakan Web Aplikasi (PHP). Applied Information Technology And Computer Science, 2(1), 11-35. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/458