Sistem Pengesan Gerakan Dengan Notifikasi Melalui Aplikasi Mudah Alih

Authors

  • Muhamad Noorrizal Minhat FSKTM,UTHM
  • Firkhan Ali hamid Ali FSKTM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Aplikasi mudah alih, pengesan gerakan bergambar, Raspberry Pi, Internet of Things

Abstract

Keselamatan dirumah sangat penting untuk dijaga terutama ketika tiada dirumah. Bagi memastikan keselamatan sentiasa dalam keadaan terjaga satu alat perlu diguna pakai untuk mengawal keselamatan rumah. Dengan erti kata lain telefon pintar merupakan alat yang sering dibawa ke mana sahaja ketika ini. Oleh itu, pengesan gerakan ini meggunakan pendekatan telefon pintar untuk pengguna lebih berhati-hati ketika tiada dirumah. Konsep IoT atau Internet of Things dengan menggunakan Raspberry Pi Model B V1.2 dan Pi kamera dalam sistem ini membolehkan pengguna memantau keadaaan dirumah dalam keadaan yang lebih selamat dengan menggunakan telefon pintar. Metodologi sistem prototaip digunakan bagi membangunkan sistem ini supaya setiap prototaip yang dibangunkan boleh diperbaiki sehingga mencapai objektif. Oleh itu, sistem aplikasi akan membantu pengguna meningkatkan keselamatan dirumah dengan melihat gambar yang telah diambil setelah mengesan gerakan dengan menggunakan Passive Infrared Sensor (PIR) bersama papan Raspberry Pi.



Downloads

Published

18-05-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Minhat, M. N., & hamid Ali, F. A. (2021). Sistem Pengesan Gerakan Dengan Notifikasi Melalui Aplikasi Mudah Alih . Applied Information Technology And Computer Science, 2(1), 203-211. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/455