Sistem Maklumat Pemantauan Tapak Pembinaan

Authors

  • Yana Mazwin Mohmad Hassim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Fathin Najiha Mohd Saiful

Keywords:

Tapak pembinaan, Sistem pemantauan, Sistem Maklumat

Abstract

Pengurusan maklumat tapak pembinaan merupakan satu elemen yang penting dalam pembinaan bangunan. Setiap rekod proses kerja di tapak pembinaan perlu direkodkan bagi menunjukkan bukti setiap aktiviti kerja yang dijalankan. Buku harian tapak merupakan sebuah dokumen yang merekod segala aktiviti harian yang dijalankan. Sistem perfailan secara manual ini berisiko kerana sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir atau gempa bumi boleh mengakibatkan kehilangan data dan sebagainya. Penyelia tapak dan kontraktor mencatat aktiviti harian yang sama di dalam buku harian tapak masing-masing bagi mewakili syarikat mereka. Hal ini mengakibatkan berlakunya pertindihan data, carian semula data yang sukar dan penjanaan laporan yang kurang cekap. Maka, Sistem Pemantauan Tapak Pembinaan dibangunkan secara dalam talian bagi membantu pekerja dalam merekod serta memantau setiap aktiviti dan perkembangan kerja yang dilakukan di tapak pembinaan. Ia juga dapat menambah baik sistem pengurusan maklumat yang sedia ada. Pentadbir bagi sistem ini ialah jurutera projek syarikat dan penggunanya iaitu penyelia tapak dan kontraktor. Sistem ini menggunakan perisian PHP, MySQL dan Xampp serta pengoperasian Windows 10. Sistem ini menyediakan fungsi pengurusan pangkalan data sistem dan dapat membantu dalam penghasilan laporan bagi setiap aktiviti kerja yang dijalankan. Sistem ini penting bagi membantu pengurusan maklumat secara cekap dan pantas.

Downloads

Published

07-12-2020

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohmad Hassim, Y. M., & Mohd Saiful, F. N. . (2020). Sistem Maklumat Pemantauan Tapak Pembinaan . Applied Information Technology And Computer Science, 1(1), 8-14. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/423