Sistem Pengurusan Kakey Success Enterprise (Kse)

Authors

  • Nor Aqilah Mohd Bakri
  • Yana Mazwin Mohmad Hassim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Keywords:

Sistem pengurusan, kereta sewa, sistem berasaskan web

Abstract

Sistem Pengurusan KSE ini merupakan satu sistem berasaskan web yang berfungsi merekodkan urusan niaga harian bermula daripada penempahan oleh penyewa, pengesahan penyewaan, pembayaran dan pengeluaran laporan bulanan dan tahunan. Sistem ini bertujuan untuk menambah baik kelemahan di dalam kaedah pengurusan maklumat urus niaga Syarikat KSE sediada yang menggunakan borang dan kertas sebagai medium pengurusan maklumat. Kaedah secara manual ini walaubagaimanapun dilihat sebagai kurang cekap bagi mengendalikan dan dan analisisnya. Antara masalah yang dihadapi oleh Syarikat KSE adalah pertindihan maklumat dalam penempahan dan rekod kewangan harian. Objektif Sistem Pengurusan KSE adalah untuk merekabentuk, membangunkan dan menguji Sistem Pengurusan syarikat KSE. Sistem ini mempunyai 5 modul iaitu modul pendaftaran, modul kemaskini tempahan, modul mengurus tempahan, modul kemaskini maklumat kereta dan modul menjana laporan dan ia direkabentuk khas bagi penyewa yang berurusan dengan syarikat KSE. Metodologi yang digunakan untuk membangun sistem ini adalah model air terjun. Manakala, pembangunan sistem ni direalisasikan dengan menggunakan perisian Xampp dan pangkalan data MySQL. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah Hypertext Preprocesser (PHP) dan Hypertext Mark-Up Language (HTML). Dengan adanya Sistem Pengurusan KSE ini dapat memberi kemudahan kepada penyewa dan pekerja seperti penyewa dapat mengetahui senarai kereta yang berdaftar yang ada secara dalam talian dan dapat membuat pilihan secara dalam talian.

Downloads

Published

18-05-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohd Bakri, N. A. ., & Mohmad Hassim, Y. M. (2021). Sistem Pengurusan Kakey Success Enterprise (Kse). Applied Information Technology And Computer Science, 2(1), 280-286. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/422