Sistem Inventori Ubat dan Peralatan Klinik Pergigian

Authors

  • Norazila Nor’azam
  • Yana Mazwin Mohmad Hassim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Keywords:

Sistem inventori, sistem pengurusan, klinik pergigian

Abstract

Sistem Inventori Ubat dan Peralatan Pergigian ini dibina untuk membantu pengurusan klinik pergigian yang masih menggunakan kaedah secara manual. Melalui kaedah manual, rekod bagi penambahan dan juga pengambilan ubat dan peralatan daripada stor penyimpanan masih direkodkan di dalam sebuah buku. Ini boleh menyebabkan pertindanan data dan terjadinya kesulitan dalam mendapatkan maklumat ubat dan peralatan selain daripada kesulitan dalam menganalisis data dan menjana laporan. Objektif bagi sistem ini ialah mereka bentuk sistem pangkalan data bagi Sistem Inventori Ubat dan Peralatan Klinik Pergigian adalah untuk membangunkan modul-modul yang berkaitan di dalam sistem Inventori Ubat dan Peralatan Klinik Pergigian serta menjalankan ujian penerimaan pengguna ke atas sistem yang dibangunkan. Kaedah model pembangunan air terjun digunakan untuk menghasilkan sistem ini. Pada akhir projek ini, Sistem Inventori Ubat dan Peralatan Klinik Pergigian dapat dibangunkan dan dapat digunakan untuk membantu doktor dan juga staf untuk menguruskan inventori ubat dan peralatan pergigian dengan lebih baik.

Downloads

Published

18-05-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Nor’azam, N., & Mohmad Hassim, Y. M. (2021). Sistem Inventori Ubat dan Peralatan Klinik Pergigian . Applied Information Technology And Computer Science, 2(1), 273-279. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/421