Sistem Pengurusan Gudang: Penempatan dan Penyimpanan Dagangan pukal

Authors

  • Yana Mazwin Mohmad Hassim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Siti Nur Asyiqin Abdul Karim

Keywords:

Sistem pengurusan gudang, Sistem Maklumat, Pangkalan data

Abstract

Sistem logistik diperlukan dalam pengurusan gudang bagi membantu pasukan pengurusan dalam merancang, mengawal serta menguruskan gudang dengan baik serta membantu pekerja dalam menjejak barangan yang di uruskan. Ini bagi mengelakkan sebarang kehilangan mahupun kerugian yang perlu ditanggung oleh syarikat. Syarikat Baiduri Dimensi Sdn Bhd menggunakan sistem logistik secara manual dalam pengurusan gudangnya. Data disimpan setiap hari secara berskala dimana ia mengumpulkan beberapa transaksi sebelum mengemaskini pangkalan data. Syarikat menggunakan ‘Microsoft Excel’ bagi menyimpan data. Sistem pengurusan gudang ini tidak efisen kerana mampu mengakibatkan data berulang berlaku. Malahan ia turut mengakibatkan kesukaran dalam menjejak barangan serta mengambil masa yang lama dalam penyimpanan data. Maka, sistem pengurusan gudang Baiduri Dimensi Sdn Bhd dibangunkan bagi membantu pengurusan maklumat gudang syarikat berkenaan. Sistem ini, membenarkan pekerja syarikat memasukkan data, menyimpan data, serta mengemaskini data. Data-data yang disimpan, boleh diakses oleh pihak pentadbiran syarikat. Pekerja perlu sentiasa mengemaskini data setiap kali sebarang transaksi dilakukan seperti, penyimpanan barangan, pengeluaran barangan serta penghantaran barangan. Setiap proses penyimpanan data dapat dilakukan dengan baik. Sistem ini dibangunkan dengan bahasa pengaturcaraan PhP, Xampp dan MySQL, dengan berpandukan model air terjun. Sistem pengurusan ini dibina bertujuan mengelakkan berlakunya pertindihan data. Ia juga bertujuan memudahkan pekerja dalam menjejak barangan yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat. Seterusnya, ia membantu dalam menjimatkan penggunaan masa untuk menguruskan gudang

Downloads

Published

07-12-2020

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohmad Hassim, Y. M., & Abdul Karim, S. N. A. (2020). Sistem Pengurusan Gudang: Penempatan dan Penyimpanan Dagangan pukal. Applied Information Technology And Computer Science, 1(1), 1-7. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/420