Sistem Maklumat Penilaian Prestasi Pelajar Sekolah Agama Rakyat Al-Islamiah Addiniah

Authors

  • Aqilah Abdu Halim
  • Yana Mazwin Mohmad Hassim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Keywords:

Prestasi pelajar, sistem Maklumat, Sekolah, Sistem berasaskan web

Abstract

Perkembangan teknologi pada masa kini telah memberi impak yang sangat besar kepada pengurusan maklumat terhadap organisasi. Segala maklumat atau informasi dapat dicapai dengan mudah dan pantas. Merujuk kepada sistem yang sedia ada, Sekolah Agama Rakyat Al Islamiah Addiniah menggunakan kaedah tradisional di mana segala maklumat berkenaan pelajar seperti maklumat pemarkahan, pembayaran dan sebagainya direkod secara manual di dalam buku dan Microsoft Excel. Manakala, ibu bapa pula pada masa kini kebanyakannya sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk hadir ke sekolah bagi mengambil serta melihat buku rekod pelajar dan melakukan pembayaran yuran. Justeru, Sistem Maklumat Penilaian Prestasi Sekolah Agama Rakyat Al Islamiah Addiniah dibangunkan bagi membantu pihak sekolah dalam mengurus maklumat akademik pelajar dan juga membantu ibu bapa dalam melakukan pembayaran yuran dan memantau prestasi pelajar di samping membolehkan mereka untuk memantau perkembangan anak-anak di sekolah.  Model air terjun yang digunakan sebagai metodologi untuk menghasilkan sistem ini. Sistem ini dibina menggunakan perisian PHP sebagai bahasa skrip, MySQL digunakan sebagai pangkalan data, Xampp digunakan sebagai pelayan untuk pangkalan data dan Windows 10 sebagai sistem pengoperasian. Di akhir projek ini, Sistem Maklumat Penilaian Prestasi Sekolah Agama Rakyat Al Islamiah Addiniah berasaskan web dapat dihasilkan. Dengan adanya sistem ini diharap dapat membantu pihak sekolah dalam menguruskan maklumat pelajar secara lebih efisien serta dapat membantu ibu bapa dalam memantau prestasi pelajar dan melakukan pembayaran.

Downloads

Published

18-05-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Abdu Halim, A., & Mohmad Hassim, Y. M. (2021). Sistem Maklumat Penilaian Prestasi Pelajar Sekolah Agama Rakyat Al-Islamiah Addiniah. Applied Information Technology And Computer Science, 2(1), 264-272. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/408