Pembangunan Aplikasi Realiti Terimbuh Untuk Pengenalan Struktur Data

Authors

  • Mohamad Aslam Katahman UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
  • Muhammad Fakri Othman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Aplikasi Pembelajaran, Realiti terimbuh, Metodologi MMCD model

Abstract

Projek pembangunan aplikasi data struktur yang digunakan di dalam aplikasi mudah alih untuk pelajar dan akan membantu mereka untuk memahami lebih mudah pelajaran yang ingin dipelajari di dalam subjek struktur data. Aplikasi ini akan menggunakan konten infografik untuk pelajar mempelajari pelajaran data struktur. Tambahan lagi, terdapat beberapa elemen yang akan digunakan di dalam aplikasi ini seperti video, realiti terimbuh dan mempunyai objek 3D. Hal ini bertujuan untuk membuatkan pelajar faham akan cara-cara yang digunakan di dalam pelajaran struktur data tersebut. Aplikasi ini akan dibangunkan menggunakan perisian Unity 3D, Microsoft Visual Studio dan Adobe XD. Adobe XD digunakan bagi membuat grafik yang akan digunakan di dalam aplikasi ini. Kaedah pemilihan metodologi MMCD model digunakan di dalam membangunkan aplikasi ini. Aplikasi ini dapat tersedia untuk pengguna peranti android pada versi permulaan. Projek ini amat bermanfaat kepada pelajar yang ingin mempelajari pelajaran struktur data dengan lebih berkesan dan mudah faham. Jadi, aplikasi ini akan dijadikan sebagai rujukan pelajar untuk memahami pelajaran struktur data terutama topik Linked List dan Pointer.

Downloads

Published

24-11-2021

Issue

Section

Multimedia

How to Cite

Mohamad Aslam Katahman, & Othman, M. F. (2021). Pembangunan Aplikasi Realiti Terimbuh Untuk Pengenalan Struktur Data. Applied Information Technology And Computer Science, 2(2), 364-377. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/2613