Sistem Pengambilan Tanah (Perbicaraan)

Authors

  • Ahmad Syukrie Mohamad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Norhamreeza Abdul Hamid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Zehan Afip@Afif Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Akta Pengambilan Tanah 1960, borang G, borang H, perbicaraan pengambilan tanah

Abstract

Sistem Pengambilan Tanah (Perbicaraan) adalah sebuah sistem pengambilan tanah berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memfokuskan pada proses perbicaraan di Terengganu. Sistem ini dibangunkan bagi mengantikan kaedah manual dengan kaedah bersistem menggunakan aplikasi berasaskan web. Tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk menambahbaik kelemahan kaedah manual yang digunakan. Kaedah manual yang digunakan dilihat kurang cekap kerana borang G dan H memakan masa yang panjang untuk disiapkan dan maklumat pada borang pengambilan tanah tidak seragam antara daerah dengan daerah yang lain. Sistem ini menyediakan borang-borang yang perlu diisi oleh pengguna sebelum perbicaraan berlangsung. Pada hari perbicaraan, pengguna hanya perlu mengemaskini maklumat berdasarkan apa yang diperoleh dari hasil perbicaraan yang berlangsung seterusnya dapat mencetak borang G dan H untuk diedarkan kepada individu yang berkepentingan. Melalui sistem ini, proses edaran borang G dan H dapat dipercepatkan dan setiap maklumat pada borang-borang tersebut dapat diseragamkan. Model prototaip digunakan untuk membangunkan sistem ini. Manakala pembangunan sistem menggunakan perisian Apache sebagai pelayan web dan MySQL sebagai pangkalan data. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah Hypertext Preprocessor (PHP) dan Hypertext Mark-up Language (HTML). Umumnya, sistem ini dibangunkan bagi membantu kakitangan bahagian pengambilan tanah dengan meningkatkan produktiviti kerana dapat mempercepatkan sesuatu proses.

Downloads

Published

30-11-2021

Issue

Section

Information Technology

How to Cite

Mohamad, A. S., Abdul Hamid, N., & Afip@Afif, Z. . (2021). Sistem Pengambilan Tanah (Perbicaraan). Applied Information Technology And Computer Science, 2(2), 1678-1695. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/2443