Sistem Pengurusan Maklumat Kunci Unit Keselamatan UTHM
Keywords:
Air terjun, maklumat, sistem pengurusan, webAbstract
Sistem Pengurusan Maklumat Kunci Unit Keselamatan UTHM merupakan satu sistem berasaskan web yang berfungsi merekod pinjaman dan pemulangan kunci yang dipinjamkan oleh Unit Keselamatan UTHM kepada kakitangan UTHM yang ditugaskan membuka pintu utama bangunan jabatan masing-masing. Ini bertujuan bagi menggantikan penggunaan secara bertulis dalam mencatatkan rekod peminjaman dan pemulangan. Kaedah bertulis ini tidak sesuai untuk membuat pencarian semula maklumat kunci dan peminjam dalam jumlah yang banyak di dalam buku log tersebut. Maka Sistem Pengurusan Maklumat Kunci Unit Keselamatan UTHM dibangunkan agar pengurusan peminjaman kunci ini dapat dijejaki dengan sistematik selari dengan maklumat kunci dan peminjam bagi memudahkan pencarian maklumat dilakukan. Model Air Terjun dipilih sebagai metodologi pembangunan sistem ini yang mengandungi fasa perancangan, analisis, reka bentuk, implementasi dan pengujian secara berturutan. Platform DotNet digunakan bagi membangunkan sistem ini di samping penggunaan MySQL bagi pembangunan pangkalan data. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah C# dan Hypertext Mark-up Language (HTML). Dijangka penggunaan sistem ini akan memudahkan proses pencarian maklumat peminjaman dilakukan oleh Unit Keselamatan UTHM.