A Smartphone Technician Service Booking Application (Technician2u)
Aplikasi Penempahan Perkhidmatan Juruteknik Telefon Pintar (Technician2u)
Keywords:
Aplikasi, Mobile Technician, AndroidAbstract
Projek aplikasi “Technician2U” merupakan sebuah projek yang membantu pekedai-pekedai membaiki telefon pintar bagi menguruskan perniagaan miliknya, Terdapat tiga objektif yang ingin dicapai daripada projek tersebut iaitu untuk mereka bentuk aplikasi ini berasaskan android. Kedua, untuk membangunkan aplikasi “Technician2U” menggunakan model prototaip. Akhir sekali, untuk menguji fungsifungsi aplikasi ini dengan baik. Seterusnya, modul pelanggan bagi aplikasi ini terdiri daripada pendaftaran, daftar masuk dan keluar, tempahan tarikh dan masa, tempahan baik pulih, notifikasi dan lain-lain. Di akhir projek ini, aplikasi “Technician2U” akan dibangunkan. Aplikasi ini dapat membenarkan pelanggan “Technician2U” mengakses setiap fungsi yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Selari dengan perkembangan teknologi yang semakin meningkat, penggunaan aplikasi seperti ini sangat lah penting untuk membantu pengurusan sesebuah perniagaan.