Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat JPM, DBKL JPM, DBKL Meeting Room Booking System

Authors

  • Wan Nur Hazieqah Adnan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Ruhaya Abd Aziz Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Tempahan Bilik, Sistem Tempahan, DBKL

Abstract

Matlamat utama sistem ini adalah untuk membangunkan satu sistem yang dapat membantu pengguna untuk membuat tempahan bilik mesyuarat di Jabatan Pengurusan Maklumat (JPM). Pada masa ini, pengguna JPM sering menghadapi masalah untuk membuat sebarang tempahan kerana proses membuat tempahan melalui komunikasi dua hala sebelum membuat catatan di buku manual yang telah disediakan. Penindanan tempahan akan sering berlaku sekiranya proses ini terus dilaksanakan di JPM. Justeru itu, sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat tempahan dan pengurusan pihak pentadbiran serta mengelakkan berlakunya penindanan tempahan di kalangan pengguna. Pengguna boleh membuat tempahan bilik mesyuarat dengan mengisi borang maklumat tempahan secara atas talian tanpa perlu ke pejabat pentadbiran untuk membuat proses tersebut dan menunggu keputusan permohonan melalui sistem. Metodologi yang digunakan bagi sistem ini adalah metodologi prototaip versi Prototaip Evolusi. Metodologi ini sesuai digunakan kerana ianya memerlukan penglibatan pengguna dari semasa ke semasa untuk melihat perkembangan prototaip, pembangunan sistem dan dapat mengenalpasti serta memperbetulkan kesalahan yang ada bagi memenuhi kehendak pengguna. Dengan adanya sistem ini, pengguna tidak terikat dengan waktu pejabat untuk membuat tempahan kerana borang maklumat tempahan boleh dihantar pada bila – bila masa.

Downloads

Published

05-06-2022

Issue

Section

Software Engineering

How to Cite

Adnan, W. N. H., & Abd Aziz, R. (2022). Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat JPM, DBKL JPM, DBKL Meeting Room Booking System. Applied Information Technology And Computer Science, 3(1), 1156-1166. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/2373