Sistem Pengurusan Kedai Alatan Komunikasi YY Photo Studio dan Teleshop

Authors

  • NurFarah Barizah Mokhtar Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia
  • Nazri Mohd Nawi

Keywords:

prototyping, Management System, MySQL

Abstract

Pada masa kini, pendekatan menggunakan teknologi dalam bidang ekonomi berkembang dengan pesat. Penjualan secara atas talian telah menyemarakkan dan memudahkan proses perniagaan beserta dengan sistem pengurusan yang cekap dan selamat. Sejajar dengan perkembangan teknologi semasa, Sistem Pengurusan Kedai Alatan Komunikasi YY Photo Studio and Teleshop dibangunkan yang mana ianya merupakan sistem berasaskan web yang bagi membantu dalam memperbaiki kualiti dan kecekapan sistem sedia-ada.  Ini kerana penggunaan sistem manual telah menyebabkan gerak-kerja di kedai menjadi lambat dan kurang cekap. Sistem pengurusan inventori yang masih manual adakalanya menyebabkan proses kemaskini barangan menjadi lambat dan masalah kehilangan data yang sentiasa terjadi. Disamping itu, skop penjualan yang kecil menyebabkan hasil keuntungan kedai kecil. Tambahan dengan jarak lokasi pelanggan yang jauh telah membataskan pelanggan untuk membeli. Justeru itu, pembinaan sistem ini dapat mengatasi masalah-masalah tersebut seterusnya membantu dalam menggalakkan penjualan di kedai. Metodologi Prototaip telah dipilih kerana ianya mempunyai lima fasa iaitu fasa perancangan, analisis, reka bentuk, pelaksanaan dan pengujian yang mana model ini lebih fleksibel untuk digunakan berbanding model yang lain. Sistem ini adalah berasaskan web yang dibina menggunakan bahasa aturcara PHP dan MYSQL sebagai pangkalan data. Diharapkan dengan adanya sistem ini ia dapat membantu pengguna dan pengusaha kedai untuk meningkatkan produktiviti perniagaan dan pengurusan berbanding dengan penggunaan sistem manual yang kurang efisien dan cekap.

Downloads

Published

05-06-2022

Issue

Section

Software Engineering

How to Cite

Mokhtar, N. B., & Mohd Nawi, N. (2022). Sistem Pengurusan Kedai Alatan Komunikasi YY Photo Studio dan Teleshop . Applied Information Technology And Computer Science, 3(1), 1087-1102. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/2343