Aplikasi Kamera Haiwan Menggunakan Teknologi Realiti Terimbuh

Authors

  • SITI NUR SOLLEHHAH MOKHTAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
  • MOHD FARHAN MD FUDZEE

Keywords:

Realiti Terimbuh, Aplikasi, Android

Abstract

Aplikasi “Animals AR” ini merupakan satu aplikasi yang menggunakan teknologi AR ataupun realiti terimbuh. Terdapat beberapa aplikasi setara yang sedia ada tetapi terdapat beberapa kelemahan aplikasi yang telah dikenalpasti melalui kajian dan pemerhatian yang telah dibuat. Justeru, aplikasi ini dibangunkan untuk memaparkan haiwan-haiwan yang telah pupus ke dunia maya dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja. Objektif projek ini adalah untuk mereka bentuk aplikasi mudah alih haiwan dalam persekitaran 3D di atas platform Android. Aplikasi ini dikhaskan untuk pengguna terutama kanak-kanak sekolah rendah yang ingin melihat haiwan-haiwan yang sukar dijumpai ataupun yang telah pupus. Aplikasi kamera ini akan dipaparkan dalam Bahasa Inggeris dan ia memaparkan 5 ekor haiwan mengikut kategori masing-masing. Sumber model haiwan-haiwan ini akan menggunakan dua kaedah iaitu, menghasilkan sendiri model dan juga menggunakan model yang sedia ada di laman web. Terdapat tiga modul utama dalam aplikasi yang telah dibangunkan iaitu Modul kategori, Modul Info dan modul AR. Metodologi yang digunakan dalam membangunkan aplikasi kamera AR ini adalah metodologi Pembangunan Kandungan Mudah Alih Multimedia (MMCD) yang terdiri daripada lima fasa yang utama iaitu fasa Penciptaan Idea Aplikasi, fasa Struktur Analisis, fasa Proses Reka Bentuk dan Fasa Ujian. Kesimpulannya, aplikasi ini berjaya dibangunkan dengan peratusan penerimaan pengguna sebanyak 75.23% dan sistem ini mempunyai banyak kelebihan dalam membantu pengetahuan kanak-kanak.

Downloads

Published

05-06-2022

Issue

Section

Multimedia

How to Cite

MOKHTAR, S. N. S., & MD FUDZEE, M. F. (2022). Aplikasi Kamera Haiwan Menggunakan Teknologi Realiti Terimbuh. Applied Information Technology And Computer Science, 3(1), 169-185. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/2303