Reka bentuk dan Pembangunan Aplikasi Promosi Produk Shaklee Menggunakan Teknologi Realiti Terimbuh

Authors

  • Muhammad Adib Mursyid Ab Rashid University Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Norasri Ismail

Keywords:

Realiti Terimbuh, Aplikasi, Android

Abstract

Aplikasi “Shaklee AR” merupakan sebuah aplikasi pemasaran berkenaan produk Shaklee. Terdapat beberapa aplikasi setara yang sedia ada tetapi masih belum lagi ada aplikasi yang memberikan pemasaran dan informasi tentang produk kesihatan Shaklee. Justeru, aplikasi ini dibangunkan untuk memaparkan informasi, pemasaran dan modul pengiraan kos produk Shaklee dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja. Objektif projek ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan aplikasi pemasaran produk Shaklee menggunakan teknologi realiti terimbuh berasaskan mudah alih dan menguji kefungsian aplikasi terhadap sasaran pengguna seperti pengedar Shaklee dan juga pengguna produk Shaklee. Shaklee AR berfungsi untuk membantu para pengedar Shaklee membuat pemasaran dan supaya pengguna produk Shaklee dapat mengetahui kefungsian sesuatu produk secara visual dan menyeronokkan. Aplikasi ini dibangunkan bagi mengatasi masalah seperti tidak menyediakan kategori dalam pemilihan produk yang mempunyai animasi AR, selain itu, aplikasi sedia ada juga tidak menyediakan label harga pada pilihan model dalam aplikasi. Dalam membangunkan aplikasi AR ini, model proses yang digunakan ialah model Agile dimana proses pembangunannya dilaksanakan secara berulang mengikut aturan sehingga kesemua kondisi tercapai. Aplikasi Shaklee AR ini berjaya dibangunkan dan mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan berdasarkan pengujian fungsian dan juga ujian penerimaan pengguna yang telah dijalankan. Aplikasi ini berjaya dibangunkan dengan peratusan penerimaan pengguna sebanyak 89.07% dan sistem ini memberikan banyak kelebihan dalam membantu pemasaran produk Shaklee.

Downloads

Published

25-11-2021

Issue

Section

Multimedia

How to Cite

Ab Rashid, M. A. M. ., & Ismail, M. N. (2021). Reka bentuk dan Pembangunan Aplikasi Promosi Produk Shaklee Menggunakan Teknologi Realiti Terimbuh. Applied Information Technology And Computer Science, 2(2), 487-505. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/2302