Ocean Survive (Dugong Story): Pembangunan Permainan Mudah Alih 3D

Authors

  • Afiq Hazim Hairul Mazhan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Norhalina Senan

Keywords:

Aplikasi, Permainan Mudah Alih 3D, Dugong

Abstract

Kesedaran rakyat Malaysia terhadap spesies dugong yang kian terancam masih lagi kabur. Kali terakhir berita tentang ancaman kepupusan dugong pada akhbar tempatan adalah pada tahun 2020 melalui New Straits Times. Sememangnya spesies ikan dugong ini tidaklah begitu popular untuk didengari. Tetapi, kesalan yang mendalam pasti dirasai kelak apabila berita kepupusan dugong mula menghiasi semua platform media dan akhbar. Aplikasi permainan sedia ada hanya menggunakan spesies marin yang popular seperti ikan jerung dan tidak menyebarkan berita tentang kepupusan kehidupan laut. Idea untuk membangunkan aplikasi permainan ini diinspirasikan daripada ancaman sebenar yang dihadapi dugong dan menyebabkan bilangan mereka berkurang. Setiap tahap permainan akan menggunakan konsep yang berlainan kerana ancaman yang dihadapi oleh ikan dugong lebih daripada satu. Aplikasi ini akan dibangunkan pada platform Android menggunakan perisian Unity3D. Penghasilan aplikasi ini akan menggunakan metodologi Game Design Life Cycle (GDLC). Berdasarkan sesi pengujian yang telah dijalankan, aplikasi ini telah diterima dengan baik dalam membantu menyedarkan rakyat Malaysia tentang spesies ikan dugong yang semakin terancam.

Downloads

Published

25-11-2021

Issue

Section

Multimedia

How to Cite

Hairul Mazhan, A. H., & Senan, N. (2021). Ocean Survive (Dugong Story): Pembangunan Permainan Mudah Alih 3D. Applied Information Technology And Computer Science, 2(2), 378-392. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/2207