Inventory Management System

Authors

  • Muhamad Baihaqi Bin Sukaini Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Muhaini Binti Othman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

inventory system, web based system, inventory management

Abstract

Syarikat yang mempunyai stok dalam jumlah yang besar memerlukan sebuah sistem yang efisien untuk menguruskan maklumat stok tersebut. Kegagalan dalam menguruskan maklumat stok akan menyebabkan masalah dalam syarikat terutama dalam memastikan bekalan stok yang berterusan. Sistem pengurusan inventori adalah sebuah sistem yang membantu syarikat untuk menguruskan stok yang berada di dalam inventori secara dalam talian. Sistem ini juga membantu syarikat dalam menguruskan proses menjejaki stok yang digunakan bagi memastikan tiada situasi dimana stok hilang yang tidak dapat dikenal pasti. Di dalam projek ini, satu sistem pengurusan inventori telah dibangunkan. Sistem yang dibangunkan adalah menggunakan pendekatan berstruktur. Kaedah prototaip digunakan bagi membantu pengurusan pembangunan projek. Perisian yang digunakan adalah (Atom) dan pangkalan data MYsql. Perisian (Atom) digunakan untuk menyunting kod pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah Hypertext Preprocessor (PHP), HyperText Mark-up Language (HTML) dan JavaScript (JS). Sistem ini mengandungi fungsi untuk menguruskan, menjejak makluamt keluar masuk stok, menganalisi penggunaan stok dan membuat tempahan stok kepada pmbekal. Sistem yang dibangunkan adalah berdasarkan Syarikat Ocean Victory Marine yang terletak di Johor Bahru. Syarikat ini adalah merupakan sebuah syarikat pembuatan barangan kapal. Penghasilan tempahan barangan kapal memerlukan alat ganti dan barangan dalam jumlah yang besar. Bagi membantu syarikat ini menguruskan inventori mereka sebuah sistem pengurusan inventori dicadangkan. Pengguna yang terlibat dalam sistem ini adalah pengurus dan pekerja syarikat. Pengguna perlu log masuk ke dalam sistem sebelum mengakses sistem. Sistem inventori yang dicadangkan diharapkan dapat membantu pihak syarikat dalam membuat keputusan dengan lebih sempurna melalui fungsi analisis dan laporan stok

Downloads

Published

05-06-2022

Issue

Section

Software Engineering

How to Cite

Sukaini, M. B. B., & Othman, M. B. (2022). Inventory Management System. Applied Information Technology And Computer Science, 3(1), 400-416. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/2182