Sistem Pengurusan Pusat Latihan Memandu Spim Hi Tech

Authors

  • Siti Nadirah Abd Latif
  • Nurul Aswa Omar

Keywords:

Pusat latihan memandu, pengurusan atas talian, Spim Hi Tech, JPJ

Abstract

Pusat latihan memandu adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk belajar memandu bagi sesiapa yang ingin mendapatkan lesen memandu. Sistem pengurusan Pusat Latihan Memandu SPIM Hi Tech merupakan sistem yang membantu pengurusan maklumat dan proses pengambilan lesen secara dalam talian.  Pada masa kini, penggunaan sistem pengurusan latihan memandu kurang digunapakai dan masih menggunakan proses secara manual. Hal ini menimbulkan kesulitan terhadap pelajar dan pengajar untuk setiap proses seperti maklumat pelajar dan jadual pembelajaran. Sistem pengurusan Pusat Latihan Memandu SPIM Hi Tech ini dapat memudahkan pencarian dan menyimpan maklumat pelajar dengan lebih selamat. Selain itu, sistem Pengurusan Pusat Latihan Memandu SPIM Hi Tech ini dapat menjimatkan masa pelajar untuk berdaftar. Pemilihan metodologi bagi Sistem Pengurusan Pusat Latihan Memandu SPIM Hi Tech ialah model air terjun. Pemilihan metodologi ini kerana lebih tersusun dan mengikut turutan. Bagi menyiapkan projek ini, perisian diguna seperti windows 10, Bracket, HTML5, PHP dan Java. Oleh itu, pembangunan Sistem Pengurusan Pusat Latihan Memandu SPIM Hi Tech berjaya dibangunkan berdasarkan hasil keputusan dari pengguna yang menguji sistem ini.

Downloads

Published

18-05-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Abd Latif, S. N. ., & Omar, N. A. (2021). Sistem Pengurusan Pusat Latihan Memandu Spim Hi Tech. Applied Information Technology And Computer Science, 2(1), 235-241. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/2083