Sistem Cadangan Produk Mekap dan E-Dagang Berasaskan Web Brew Beauty
Keywords:
cadangan hibrid, E-dagang, DjangoAbstract
Brew Beauty dibangunkan bagi mengatasi kekangan yang dihadapi oleh kedai Brew Beauty di Parit Raja, termasuk ketiadaan platform e-dagang dan kaedah pengurusan stok yang masih manual. Keadaan ini menyukarkan pelanggan untuk mencari produk mekap yang sesuai dan menyulitkan pemilik dalam mengurus inventori dengan cekap. Kajian ini membangunkan sebuah sistem yang merangkumi enjin cadangan hibrid (berasaskan kandungan dan peraturan), pengurusan inventori secara masa nyata, modul pembayaran menggunakan imbasan kod QR, serta laporan analitik, demi meningkatkan pengalaman pelanggan dan kelancaran operasi kedai. Sistem ini dibina menggunakan rangka kerja Python/Django dan dinilai melalui ujian unit serta Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) yang melibatkan sepuluh responden. Hasil penilaian menunjukkan kadar kelulusan ujian unit sebanyak 100% dan tahap kepuasan pengguna sekurang-kurangnya 4 daripada 5 bintang, di samping peningkatan ketara dalam aliran pembelian dan ketepatan cadangan produk.



