Sistem Perancangan Pelajar FSKTM di UTHM

Authors

  • Aisyah Syarah Abdul Rahman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Nurul Aswa Omar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Sistem Perancangan Pelajar, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Sistem Notifikasi, Sistem Penjana Jadual Waktu

Abstract

Pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dikenal pasti menghadapi masalah dalam pengurusan masa, penghantaran tugasan, dan penyusunan jadual waktu yang sistematik. Pembangunan sistem Permasalahan ini boleh memberi kesan kepada prestasi akademik pelajar. Oleh itu, sistem perancangan pelajar khusus untuk pelajar FSKTM, UTHM dibangunkan bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dikenal pasti tersebut. Sistem ini dibangunkan menggunakan kaedah model prototaip, di mana ia mempunyai lima fasa: perancangan, analisis, reka bentuk, pelaksanaan, dan pengujian. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan semasa proses pembangunan sistem adalah PHP, JavaScript, HTML dan CSS berdasarkan reka bentuk (ERD), (DFD) dan antara muka pengguna (UI). Sistem ini direka dengan ciri-ciri yang dikenal pasti dapat memenuhi keperluan pelajar. Untuk menilai tahap penerimaan dan keberkesanan sistem, Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) telah dijalankan melibatkan sebilangan pelajar FSKTM. Hasil daripada ujian tersebut menunjukkan bahawa sistem ini berfungsi dengan baik serta mampu memenuhi keperluan asas pelajar dalam pengurusan akademik harian. Kesimpulannya, sistem ini berpotensi menjadi alat yang signifikan dalam membantu pelajar merancang masa dengan lebih berkesan. Penambahbaikan lanjut akan dilaksanakan pada masa hadapan bagi memperluaskan fungsi dan meningkatkan keberkesanan sistem berdasarkan keperluan pengguna.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

03-12-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Abdul Rahman, A. S., & Omar, N. A. (2025). Sistem Perancangan Pelajar FSKTM di UTHM. Applied Information Technology And Computer Science, 6(2), 56-71. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/20478