Segah D' Borneo: Aplikasi Permainan 2D Kenali Alat Muzik Borneo

Authors

  • Aimi Natasha Mohammad Azlan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Muhammad Fakri Othman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Aplikasi Permainan 2D , Pembelajaran berasaskan permainan, Game Development Life Cycle (GDLC)

Abstract

Segah D’ Borneo ialah sebuah aplikasi permainan mudah alih 2D berkonsepkan edutainment yang dibangunkan untuk memperkenalkan alat muzik tradisional Borneo kepada kanak-kanak sekitar usia 8 tahun. Permainan ini menggunakan gaya side-scroller yang interaktif dan menyeronokkan, serta memaparkan maklumat tentang alat muzik seperti sompoton, jatung utang dan sape. Aplikasi ini dibangunkan bagi mengatasi isu kurangnya kesedaran generasi muda terhadap muzik tradisional akibat dominasi muzik moden. Pembangunan menggunakan metod Kitaran Hidup Pembangunan Permainan (GDLC). Ujian fungsi dan Ujian Penerimaan Pengguna telah dilaksanakan menggunakan Skala Kebolehgunaan Sistem (SUS), dengan skor sebanyak 82.25, menunjukkan tahap penerimaan yang baik. Aplikasi ini boleh dipertingkatkan melalui penambahan pergerakan watak, modul simulasi alat muzik, serta tutorial interaktif. Projek ini diharap dapat menyemai minat dan penghargaan terhadap warisan muzik tradisional Borneo dalam kalangan generasi muda.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

06-07-2026

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohammad Azlan, A. N., & Othman, M. F. (2026). Segah D’ Borneo: Aplikasi Permainan 2D Kenali Alat Muzik Borneo. Applied Information Technology And Computer Science, 7(1), 1-20. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/20452