KitARan Air: Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih Kitaran Air Menggunakan Teknologi Realiti Terimbuh
Keywords:
Realiti Terimbuh Berpenanda, Realiti Terimbuh (AR), Kitaran Air, Metodologi MMCD, AndroidAbstract
Kitaran air merupakan salah satu topik dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran Sains di sekolah yang masih bergantung kepada pendekatan konvensional seperti buku teks dan imej statik. Manakala, aplikasi sedia ada mempunyai kekangan seperti tiada sokongan Realiti Terimbuh (AR) berpenanda dan antara muka yang kurang mesra pengguna. Oleh itu, aplikasi KitARan Air dibangunkan yang lengkap dengan teknologi AR berpenanda. Aplikasi ini dibangunkan melalui metodologi Multimedia Mobile Content Development (MMCD) yang merangkumi lima fasa pembangunan dan dipasang pada platform Android yang mengandungi tiga modul utama iaitu Pelajaran, Permainan dan Eksperimen. Hasil keputusan pengujian pengguna menggunakan Skala Kebolehgunaan Pengguna (SUS) mencapai skor sebanyak 70.11. Ini menunjukkan aplikasi ini diterima oleh pengguna dari aspek kebolehgunaannya.



