Pembangunan Sistem Pengurusan Tempahan Salun Rambut Berasaskan Web dan Aplikasi Mudah Alih untuk AJ Hair Salon
Keywords:
Salun Rambut, Tempahan Janji Temu, Teknologi Web, Model Prototaip, Rangka Kerja LaravelAbstract
Industri salun rambut semakin beralih kepada penyelesaian digital untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kepuasan pelanggan. AJ Hair Salon di Karak, Pahang, masih menggunakan kaedah tempahan manual, menyebabkan masalah seperti pertindihan janji temu, masa menunggu panjang, dan perkongsian maklumat yang tidak cekap. Untuk mengatasi masalah ini, satu sistem pengurusan tempahan janji temu berasaskan web untuk staf dan aplikasi mudah alih untuk pelanggan dibangunkan menggunakan PHP (rangka kerja Laravel), MySQL, dan JavaScript. Sistem ini merangkumi sembilan modul utama termasuk pengurusan janji temu, maklumat salun, pendaftaran pengguna, program kesetiaan, notifikasi, penjanaan laporan, dan pembayaran. Model Prototaip digunakan, meliputi fasa perancangan, analisis, reka bentuk, implementasi, dan pengujian. Pengujian alpha dan beta mengesahkan fungsi dan kebolehgunaan sistem, dengan semua kes ujian berjaya diluluskan. Hasil kajian menunjukkan peningkatan kecekapan tempahan, pengurangan ralat manual, serta pengalaman pelanggan yang lebih baik. Kajian ini membuktikan keberkesanan transformasi digital dalam mempermudah operasi salun dan meningkatkan daya saing industri.



