Khazanah Tajwid: Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih Berasaskan Permainan Tentang Tajwid dalam Mata Pelajaran Pendidikan Quran Sunnah untuk Pelajar Tingkatan 4
Keywords:
Tajwid, permainan, pembelajaran mudah alih, Pendidikan Quran SunnahAbstract
Pembelajaran Tajwid sering menjadi cabaran bagi pelajar kerana kekurangan bahan yang interaktif dan menarik. Kajian ini membangunkan aplikasi Khazanah Tajwid, sebuah aplikasi pembelajaran berasaskan permainan yang direka khusus untuk pelajar Tingkatan 4 bagi topik Tajwid dalam subjek Pendidikan Quran Sunnah. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan metodologi Multimedia Mobile Content Development (MMCD) di platform Android dengan bantuan perisian seperti Unity dan Canva Pro. Antara ciri utama aplikasi ini ialah pelajaran interaktif, kuiz berbentuk permainan, serta penggunaan elemen multimedia seperti animasi, audio, dan grafik 2D bagi menarik minat pelajar. Objektif kajian ini adalah untuk mereka bentuk aplikasi pembelajaran 2D Khazanah Tajwid bagi meningkatkan interaksi dan pemahaman pelajar dalam Tajwid, membangunkan permainan berbentuk pencarian harta karun yang memudahkan pembelajaran Tajwid melalui pendekatan interaktif, dan menilai kebolehgunaan serta penerimaan pengguna terhadap aplikasi melalui maklum balas dan ujian pengguna. Hasil kajian menunjukkan bahawa Khazanah Tajwid berpotensi menjadi alat bantu mengajar yang berkesan dan menyeronokkan, sekali gus memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran Tajwid dalam kalangan pelajar sekolah menengah.



