Sistem Maklumat Penyelenggaraan Peranti Elektronik

Authors

  • Muhamad Fariz Salehudin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Noor Azah Samsudin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Penyelenggaraan Peranti Elektronik, Sistem Maklumat Berasaskan Web, Kecekapan operasi, Pengurusan Data, Prototaip

Abstract

Penyelenggaraan peranti elektronik, terutamanya telefon pintar dan komputer riba, adalah penting untuk memastikan kelancaran penggunaannya. Namun, kebanyakan pusat penyelenggaraan, termasuk Genz Tech, masih bergantung kepada proses manual yang menyebabkan ketidakcekapan, kesilapan manusia, dan masalah pengurusan data. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan Sistem Maklumat Penyelenggaraan Peranti Elektronik berasaskan teknologi web untuk memperkemaskan operasi penyelenggaraan, mengurangkan kesilapan manusia, dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Sistem ini melibatkan penjadualan janji temu dalam talian, pengisian borang digital, serta penyimpanan rekod penyelenggaraan dan pengurusan inventori alat ganti. Metodologi yang digunakan adalah prototaip, dan pengujian dilakukan untuk menguji kefungsian sistem melalui maklum balas responden. Hasil kajian menunujukkan sistem ini dapat mengurangkan proses manual, meningkatkan kecekapan operasi dalam pengurusan data penyelenggaraan peranti elektronik dan mengurangkan kebarangkalian berlakunya kecuaian manusia. Cadangan penambahbaikan ialah dengan membangunkan versi aplikasi mudah alih dan laporan analisis tambahan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

03-12-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Muhamad Fariz Salehudin, & Noor Azah Samsudin. (2025). Sistem Maklumat Penyelenggaraan Peranti Elektronik. Applied Information Technology And Computer Science, 6(2), 1535-1554. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/20278