Sistem Pengurusan dan Pemantauan Kehadiran Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi Berasaskan Imbasan Kad
Keywords:
RFID, Berorientasikan Objek, Sistem Kehadiran, SMKSSF, Object-Oriented, Attendance SystemAbstract
Pengurusan kehadiran pelajar adalah penting, namun kaedah manual dan separa automatik di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi (SMKSSF) menyebabkan kelewatan, ketidakkonsistenan data, kehilangan data, dan kekurangan pemantauan masa nyata. Projek ini bertujuan untuk merekabentuk, membangunkan, dan menguji sistem kehadiran berasaskan RFID, diintegrasikan dengan phpMyAdmin, untuk pentadbir, guru, ibu bapa, dan pelajar SMKSSF. Dibangunkan menggunakan Model Prototaip, sistem ini memanfaatkan kad RFID, Pengimbas RFID, NodeMCU ESP8266, XAMPP, MySQL, PHP, dan pangkalan data Firebase untuk aplikasi berasaskan webnya. Hasil jangkaan termasuk pengumpulan data automatik, pengurangan kesilapan manusia, peningkatan ketepatan dan keselamatan, pemantauan masa nyata melalui laporan, dan peningkatan penglibatan ibu bapa. Sistem ini dijangka dapat mengatasi kekurangan sedia ada dengan meningkatkan kecekapan pentadbiran dan membolehkan keputusan berasaskan data untuk pengurusan sekolah yang komprehensif.



