E-HadirUndi : Sistem Pengurusan Kehadiran Pengundi Pusat Mengundi
Keywords:
E-HadirUndi, Pilihan Raya, Pengurusan Kehadiran Pengundi, Sistem Berasaskan WebAbstract
Pengurusan kehadiran pengundi secara manual di Pusat Daerah Mengundi (PDM) sering menyebabkan ketidakefisienan, ketidaktepatan, dan kelewatan dalam mendapatkan maklumat. Bagi menangani isu ini, kajian ini memperkenalkan E-HadirUndi, sebuah sistem kehadiran pengundi berasaskan web yang dibangunkan untuk mendigitalkan dan memudahkan proses penjejakan kehadiran pengundi semasa pilihan raya. Sistem ini bertujuan untuk mengautomasi rekod kehadiran, mengurangkan ralat manusia, serta meningkatkan kebolehcapaian data kepada petugas pilihan raya. Sistem dibangunkan menggunakan PHP sebagai rangka kerja belakang dan disokong oleh HTML, CSS, dan JavaScript untuk antara muka hadapan, dengan penggunaan MySQL bagi pengurusan data. Pembangunan sistem mengikuti metodologi Agile yang membolehkan penambahbaikan berterusan berdasarkan maklum balas pengguna dan ujian secara berperingkat. Penilaian melalui Ujian Penerimaan Pengguna menunjukkan kadar kepuasan pengguna sebanyak 75%, membuktikan keberkesanan sistem dalam meningkatkan ketepatan dan kecekapan operasi. Cadangan penambahbaikan masa hadapan termasuk integrasi aplikasi mudah alih dan sokongan RFID bagi meningkatkan skala, kebolehcapaian, dan automasi ketika proses menguruskan kehadiran pengundi.



