E-JahitNnour: Sistem Pengurusan Tempahan Kedai Jahit N’NOUR
Keywords:
Pengurusan Tempahan, Sistem Web, Laravel, Model Prototaip, Penjanaan Laporan, Sistem Dalam Talian, Kedai JahitAbstract
This is a web-based system that enables order management for the N’NOUR Sewing Shop. This system was built to counter the problem that Kedai Jahit N’NOUR has in managing orders more routinely. The system applies a prototyping methodology approach and consists of major modules including order management, catalog display, and report generation. The system is developed using Visual Studio Code (VS Code) as the development environment and Laravel as the framework. It is deployed online using a Windows-based Virtual Private Server (VPS) to allow remote access. At N’NOUR Sewing Shop, this system is implemented directly to support day-to-day order operations the use of this aims not only to improve financial management but also to enhance the customer experience. The primary objective is to assist shop owners in making smarter decision, increasing business productivity, and delivering more professional services to customers.
Sistem Pengurusan Tempahan Kedai Jahit N'NOUR adalah sistem berasaskan web yang membantu proses pengurusan tempahan di Kedai Jahit N'NOUR. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk menyelesaikan masalah Kedai Jahit N'NOUR dalam menguruskan tempahan dengan lebih teratur. Sistem ini menggunakan pendekatan metodologi prototaip dan direka dengan modul utama termasuk pengurusan tempahan, paparan katalog serta penjanaan laporan. Pembangunan sistem ini menggunakan perisian Visual Studio Code (VS Code) dan kerangka Laravel. Sistem ini dihoskan secara dalam talian menggunakan pelayan maya (VPS) berasaskan Windows bagi membolehkan akses jauh. Sistem ini diaplikasikan secara langsung di Kedai Jahit N'NOUR untuk meningkatkan kecekapan operasi pengurusan tempahan harian. Penggunaan sistem ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan kewangan, malah turut meningkatkan pengalaman pelanggan. Matlamat utama sistem ini adalah untuk membantu pemilik kedai membuat keputusan yang lebih bijak, meningkatkan produktiviti perniagaan serta menyampaikan perkhidmatan yang lebih profesional kepada pelanggan.



