Sistem Pengurusan Stok Diezza Rezqi
Keywords:
Pengurusan Stok, Sistem Berasaskan Web, MySQL, Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS)Abstract
Sistem Pengurusan Stok Diezza Rezqi ini merupakan sistem berasaskan web yang dibangunkan dengan tujuan untuk membantu dan memudahkan pengurusan stok organisasi melalui proses pengurusan data yang lebih cekap dan efektif. Masalah yang sering dihadapi dalam pengurusan stok adalah kesilapan dalam mencatat data, kehilangan rekod, kesukaran mengesan data lama, dan pengurusan stok yang memakan masa yang lama. Sistem ini dibangunkan menggunakan metodologi pembangunan sistem perisian dengan perisian Visual Studio Code, XAMPP sebagai pelayan web tempatan, dan sistem pengoperasian Windows. Pembangunan turut melibatkan penggunaan teknologi MySQL untuk pengurusan pangkalan data serta PHP sebagai bahasa pengaturcaraan utama. Sistem ini dirancang untuk digunakan oleh perniagaan kecil dan sederhana (PKS) yang memerlukan pengurusan stok di gudang atau kedai fizikal mereka. Hasil daripada pembangunan sistem ini, ia dijangka dapat mengurangkan risiko kehilangan data, mengautomasi proses pengurusan stok, mempercepat pengesanan stok, dan meningkatkan ketepatan dalam mencatat rekod stok.



