Sistem Sorotan Sukan Semasa (Bola Sepak, Badminton, Sepak Takraw)
Keywords:
Sistem Sorotan Sukan Semasa, Prinsip AgileAbstract
Sorotan sukan di Malaysia sering sukar diakses secara pantas dan teratur melalui platform arus perdana seperti YouTube dan Instagram, yang tidak direka khusus untuk kandungan sukan. Kesukaran ini menimbulkan cabaran kepada peminat dalam mencari sorotan yang relevan dan berkualiti serta berinteraksi dengan komuniti sukan. Untuk menangani masalah ini, projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah platform khusus yang menyediakan sorotan sukan bagi bola sepak, badminton, dan sepak takraw, serta membina ruang untuk interaksi komuniti peminat. Sistem ini dirancang dengan menggunakan model pembangunan Agile, yang merangkumi fasa seperti pengumpulan keperluan, reka bentuk prototaip, pembangunan, ujian, dan pelaksanaan iteratif. Proses ini memastikan sistem yang dibangunkan responsif kepada maklum balas pengguna dan boleh dioptimumkan berdasarkan keperluan sebenar. Kajian awal menunjukkan sistem ini mampu mengurangkan masa pencarian sorotan sukan, meningkatkan penglibatan pengguna melalui pemberitahuan automatik, dan memperbaiki pengurusan kandungan dengan ciri kawalan akses.
Dengan metodologi Agile, sistem ini juga dirangka untuk kekal fleksibel bagi menyokong pertumbuhan kandungan dan bilangan pengguna.
Projek ini bukan sahaja menawarkan penyelesaian moden untuk meningkatkan pengalaman peminat sukan, tetapi juga membuka ruang untuk penyelidikan masa depan dalam menambah sukan lain dan penggunaan kecerdasan buatan untuk pemperibadian kandungan.



