Sistem Pengurusan Kokurikulum SK Pintas Puding

Authors

  • Wan Anis Nurnabihah Mohd Azman
  • Nazri Mohd Nawi FSKTM, UTHM

Keywords:

Pengurusan Kokurikulum, Pendaftaran Kokurikulum, Sekolah, Sistem Maklumat

Abstract

Kokurikulum adalah kegiatan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan dilaksanakan dengan bantuan oleh kumpulan ahli jawatankuasa kokurikulum sekolah. Pada masa kini, proses pengurusan maklumat kokurikulum di sekolah masih dilakukan secara manual iaitu merekod dengan mengurus nama pelajar yang menyertai kokurikulum ke dalam buku log malahan penyelaras unit masih lagi menyimpan laporan unit ke dalam fail kokurikulum. Akibatnya, proses pemantauan dan pelaporan bagi setiap unit uniform mengikut darjah memerlukan masa yang panjang dan kurang cekap. Maka, satu sistem maklumat perlu dibangunkan bagi menguruskan maklumat kokurikulum di sekolah bagi merekod butiran pelajar serta pendaftaran kokurikulum pelajar yang menyertai sebagai kegiatan kokurikulum. Guru penolong kanan juga dapat mengetahui senarai bilangan pelajar yang telah didaftarkan untuk kegiatan unit kokurikulum. Di samping itu juga, sistem ini mampu membantu guru besar dalam menjana laporan kokurikulum pelajar bagi memperoleh sijil kokurikulum sekolah. Sistem ini dibangunkan menggunakan model air terjun, dan Xampp sebagai pelayan web. MySQL pula digunakan sebagai pengkalan data dan PHP sebagai bahasa pengaturcaraan. Secara keseluruhannya, sistem baharu ini akan memudahkan kerja guru mengendali dan menguruskan maklumat berkaitan dengan kokurikulum sekolah telah dicadangkan bagi menambah baik kecekapan proses sedia ada supaya menjadi lebih efektif.

Downloads

Published

29-11-2021

Issue

Section

Information Technology

How to Cite

Wan Anis Nurnabihah Mohd Azman, & Nazri Mohd Nawi. (2021). Sistem Pengurusan Kokurikulum SK Pintas Puding. Applied Information Technology And Computer Science, 2(2), 1255-1264. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/1878