Sistem Pengurusan Bengkel Forklift di HMZ
Keywords:
Pengurusan bengkel, Aplikasi AndroidAbstract
Sistem Pengurusan Bengkel Forklift di HMZ Equipments dibangunkan berasaskan android dan penggunaan mudah alih. Permasalahan di dalam sistem sedia ada di HMZ Equipments adalah kesukaran untuk pencarian maklumat, syarikat perlu menyediakan perbelanjaan yang tinggi untuk menyediakan ruang penyimpanan maklumat iaitu fail dan kesukaran untuk melihat prestasi forklift yang sudah dibaiki. Maka, sistem ini dibangunkan untuk HMZ Equipments bagi mengatasi masalh tersebut dan diberi nama Sistem Pengurusan Bengkel Forklift. Sistem ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan syarikat iaitu boleh menjana templat pesanan tempahan, sebut harga dan invois, melihat rekod kerosakan trak forklift dan menjana laporan kewangan. Sistem ini khusus untuk pengurus syarikat ini. Proses pembangunan sistem dirancang dan dijalankan mengikut metodologi air terjun. Analisis dan reka bentuk sistem adalah berasaskan objek dan menghasilkan rajah kes guna, jujukan, aktiviti dan kelas. Pengujian kefungsian dilakukan untuk menguji kebolehoperasian sistem dalam keadaan baik. Cadangan untuk memperbaik sistem iaitu merperbaik proses menyimpan data di dalam templat, proses mendapatkan semula data yang sama bagi modul lain, pencarian data dan memperkukuh sekuriti. Segala proses dan modul di dalam Sistem Pengurusan Bengkel Forklift di HMZ Equipments dapat dilaksanakan dengan jaya dan lancar di dalam bentuk aplikasi.