Teknologi RFID bagi Pembelian di Koperasi UTHM

Authors

  • Muhammad Ariff Mohd Zamri
  • Nurezayana Zainal Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,

Keywords:

RFID, Inventori, Pengurusan

Abstract

Sistem Teknologi bagi Pembelian di Koperasi UTHM menggunakan teknologi RFID dan sistem inventori adalah satu sistem yang dibangunkan untuk menggantikan fungsi kod bar dan membantu bagi pengurusan sistem inventori di koperasi UTHM. Sistem Teknologi RFID dan inventori ini menggunakan sistem yang merekodkan kehadiran barang dan ketiadaan barang disamping mempercepatkan proses imbasan menggunakan Radio Frequency Identification bagi setiap pembelian barang yang dijual di koperasi. Selain itu, ia merekod inventori dengan mengemas kini data dan menolak jumlah inventori dari setiap barang yang telah diimbas oleh RFID. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian SQL Server, Visual Studio dan juga sistem pengoperasian Windows 8. Dengan menggunakan sistem ini, pekerja di koperasi UTHM dapat mempercepatkan proses imbasan di proses kaunter pembayaran dan melancarkan proses inventori dengan lebih lancar dengan merekodkan data inventori dengan lebih teratur dan efisien. Diharapkan sistem ini Berjaya dibangunkan dan dapat membantu memberi kelebihan kepada pihak koperasi UTHM melalui sistem yang akan dibangunkan.

Downloads

Published

18-05-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohd Zamri, M. A. ., & Zainal, N. (2021). Teknologi RFID bagi Pembelian di Koperasi UTHM. Applied Information Technology And Computer Science, 2(1), 307-317. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/1813