eHentian: Sistem Pesanan Makanan dan Pengurusan Restoran

Authors

  • Isham Ishak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Muhaini Othman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Restoran, Pesanan, Manual, Makanan

Abstract

Restoran Hentian Enterprise merangkumi pelbagai hidangan dari Asia hingga ke makanan Barat, antara tarikan utama adalah Yee Mee Sizzling dan Chicken Chop.  Namun, buat masa sekarang, semua operasi restoran dikelola melalui telefon bimbit dan tablet. Pengurusan pesanan, inventori, dan keperluan restoran dilakukan melalui aplikasi Notes, Whatsapp, serta Loyverses POS pada tablet. Objektif pertama adalah mencipta platform yang memudahkan operasi harian restoran dalam menguruskan pesanan, stok barang, dan tempahan pelanggan. Objektif kedua adalah membangunkan sistem yang telah dicadangkan dan objektif ketiga adalah menguji sistem yang telah dibangunkan. Tambahan pula, Metodologi yang digunakan dalam pembangunan sistem eHentian: Sistem Pesanan Makanan dan Pengurusan Restoran adalah melalui model prototaip yang melibatkan fasa perancangan, pembinaan prototaip, ujian pengguna, dan penyesuaian berterusan berdasarkan maklum balas untuk mencapai objektif sistem. Kajian literatur dalam konteks sistem perisian dan teknologi menggambarkan analisis mendalam terhadap fungsi, kelebihan, kelemahan, perbandingan dengan sistem serupa, serta amalan terbaik dalam industri. Tiga sistem pesanan makanan dan pengurusan restoran yang telah diselidik dalam kajian ini ialah Canteen Food Ordering and Management Application, Sistem Pesanan Makanan Menggunakan Kod QR, dan An Online Reservation and Food Ordering System for Arabian House Restaurant. Akhir sekali, sistem eHentian dapat memanfaatkan segala fungsi di dalam sistem ini apabila siap dibangunkan. Pemilik restoran akan mampu mengatasi segala masalah yang terjadi sebelum ini dan memudahkan segala gerak kerja dengan efektif supaya semua kerja berjalan dengan lancar berbanding sistem sebelum ini yang tidak mampu menjalankan hasil yang optimum kepada pemilik restoran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

08-07-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ishak, I., & Othman, M. (2025). eHentian: Sistem Pesanan Makanan dan Pengurusan Restoran. Applied Information Technology And Computer Science, 6(1), 1888-1907. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/16706