Sistem Pengurusan Operasi Pusat Cuci Kereta DW Garaj

Authors

  • Nur Iman Sofia Norsaidi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Norlida Hassan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Sistem Pengurusan, Berasaskan Web, Model Tangkas

Abstract

Teknologi memainkan peranan penting dalam membantu keperluan pengurusan perniagaan dalam pelbagai sektor. Satu penyelesaian komprehensif telah dilaksanakan bagi syarikat perkhidmatana mencuci kenderaan Dw Garaj bagi membantu mereka dalam menguruskan keperluan harian perniagaan. Sistem berasaskan web ini akan memudahkan merekod aktiviti perniagaan mereka berbanding sebelum ini yang dilakukan secara manual dan konvensional. Pebangunan sistem ini menggunakan kaedah pendekatan berstruktur dan berpandukan metodologi Model Tangkas (Agile) sebagai panduan pembangunan. Sistem berasaskan web ini dibangunkan menggunakan perisian Xampp dan Visual Studio. Sistem ini menyediakan pendekatan yang telah diperkemas dan cekap untuk menguruskan kesemua aspek pengurusan dan aktiviti perkhidmatan mencuci kereta serta dijangkakan akan dapat meningkatkan kepuasan pengurusan dalaman dan keberkesanan operasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

08-07-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Norsaidi, N. I. S., & Binti Hassan, N. (2025). Sistem Pengurusan Operasi Pusat Cuci Kereta DW Garaj. Applied Information Technology And Computer Science, 6(1), 1746-1762. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/16603