Sistem Pengurusan Persidangan Dewan Perwakilan Mahasiswa UTHM (e-Sidang)

Authors

  • Muhammad Izzuddin Mohsin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Noor Azah Samsudin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Dewan Perwakilan Mahasiswa, Model Prototaip, Sistem Pengurusan Maklumat, Berasaskan Web

Abstract

Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah merupakan sebuah platform kepada para pemimpin mahasiswa dalam berhimpun dan bersidang bagi berbincang dan berbahas mengenai suara-suara mahasiswa berkaitan hak-hak mahasiswa, kebajikan serta isu-isu semasa melibatkan mahasiswa dalam universiti. Majlis Pelaksana Dewan Perwakilan Mahasiswa (MPDPM) ditubuhkan yang bertujuan untuk menguruskan hal-ehwal DPM dari mula edisi DPM ditubuhkan dengan pelantikan ahli-ahli dewan sehinggalah pembubaran edisi DPM yang selaras dengan pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pada saat ini, MPDPM menguruskan maklumat berkaitan persidangan secara manual seperti pemakluman notis persidangan secara memo, permohonan usul melalui borang fizikal, rekod kehadiran persidangan dan proses undian. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi akibat banyak prosedur yang dilakukan secara manual, Sistem Pengurusan Persidangan Dewan Perwakilan Mahasiswa UTHM (e-Sidang) ini dicadangkan dengan mempunyai enam (6) modul yang tersedia iaitu modul pendaftaran, modul persidangan, modul e-Hadir, modul e-Undi, modul Rujukan dan modul  Laporan yang dapat membantu dalam melancarkan proses pengurusan maklumat persidangan. Sistem e-Sidang ini adalah merupakan sistem berasaskan web dengan menggunakan pendekatan model prototaip dalam pembangunan sistem e-Sidang ini. Pendekatan yang diambil amatlah bersesuaian dengan keperluan pihak MPDPM yang memerlukan sistem pengurusan maklumat dalam menaiktaraf kaedah pengurusan maklumat persidangan yang baik dan cekap.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

08-07-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohsin, M. I., & Samsudin, N. A. (2025). Sistem Pengurusan Persidangan Dewan Perwakilan Mahasiswa UTHM (e-Sidang). Applied Information Technology And Computer Science, 6(1), 1602-1619. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/16598