Sistem Pemantauan Kelembapan Tanah Tanaman dan Kelembapan Udara Berasaskan IoT
Keywords:
Sistem pemantauan tanah, kelembapan, suhu, berorientasikan objekAbstract
Ekonomi Malaysia sentiasa tertumpu kebanyakannya kepada sektor pertanian dan berkaitan pertanian. Namun begitu, di sebalik kelebihannya, teknologi moden masih belum digunakan secara meluas. Maklumat mengenai pemantauan keadaan tanah tanaman menjadi tumpuan kajian. Penjagaan tanah tanaman penting untuk membantu mengekalkan kesuburan tanaman. Satu cadangan sistem pemantauan kelembapan tanah tanaman dan kelembapan udara secara automatik menggunakan teknologi IoT iaitu ESP32 dan dua jenis sensor iaitu Soil Moisture akan dibangunkan dalam projek ini untuk mengatasi masalah seperti kelembapan tanah secara manual. Sistem ini direka bentuk menggunakan pendekatan berorientasikan objek. Kaedah yang digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah metodologi Prototaip. Sistem ini akan dibina dengan menggunakan teknologi Flutter manakala perisian penstoran data menggunakan Google Firebase. Penemuan utama menunjukkan bahawa sistem ini mampu mengurangkan sebarang kerugian dan kerosakan tumbuhan. Pembangunan sistem ini dapat membantu pemilik dan petani untuk menghasilkan lebih banyak hasil tanaman yang berkualiti dan boleh meningkatkan jualan mereka secara berturut-turut.



