Pembangunan Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih Biologi Tingkatan 5: Biologi Pewarisan Manusia

Authors

  • Iznur Farahin Karim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Noorhaniza Wahid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

aplikasi pembelajaran mudah alih, VARK visual, MMCD

Abstract

Aplikasi Biologi: Pewarisan Manusia direka khas untuk mengajar pelajar biologi tingkatan 5 tentang topik pewarisan manusia. Pembelajaran topik seperti pewarisan manusia sukar untuk dijelaskan secara fizikal kerana ia bersifat abstrak. Oleh itu, tujuan projek ini adalah untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dengan memasukkan elemen multimedia seperti infografik dan animasi 2D. Pengguna sasaran bagi projek ini adalah pelajar sekolah menengah berumur 17 tahun. Metodologi Multimedia Mobile Content Development (MMCD) akan digunakan dalam membangunkan aplikasi ini. Pengujian Technology Acceptance Model (TAM) menunjukkan 57.7% responden sangat bersetuju dan 41.1% bersetuju akan penerimaan aplikasi, manakala pengujian System Usability Scale (SUS) pula mengesahkan kebolehgunaan aplikasi Biologi: Pewarisan Manusia adalah cemerlang dengan skor 85.92. Aplikasi ini dijangka dapat membantu para pelajar fokus kepada satu topik iaitu pewarisan manusia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

08-07-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Karim, I. F., & Wahid, N. (2025). Pembangunan Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih Biologi Tingkatan 5: Biologi Pewarisan Manusia. Applied Information Technology And Computer Science, 6(1), 1344-1359. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/16462