Implementasi Realiti Terimbuh Berpenanda untuk Praktis Ejaan Jawi: Bumi Jawi
Keywords:
Realiti Terimbuh Berpenanda, Jawi, VARK, AR, MMCDAbstract
Tulisan Jawi merupakan warisan bangsa Melayu Islam yang pernah menjadi kebanggaan suatu ketika dahulu. Teknik pembelajaran subjek Jawi di sekolah kini masih kurang elemen multimedia seperti elemen permainan dan realiti terimbuh. Realiti terimbuh berpenanda merupakan satu cadangan aktiviti pembelajaran subjek bahasa yang melibatkan elemen kinestetik dalam bilik darjah. Oleh itu, projek ini dibangunkan untuk membina sebuah aplikasi latih tubi yang bernama Bumi Jawi bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik. Sasaran pengguna bagi aplikasi ini ialah kanak-kanak berumur 7-10 tahun. metodologi Multimedia Mobile Content Development (MMCD) digunakan bagi membantu penjadualan projek ini agar aplikasi ini diterimapakai oleh sasaran pengguna. Dua teknik ujian penerimaan pengguna dijalankan iaitu Technology Acceptance Model (TAM) dan System Usability Scale (SUS). Aplikasi ini mendapat maklumbalas positif dari responden dengan 42.71% setuju dan 57.29% sangat setuju. Manakala pengujian SUS pula mengesahkan kebolehgunaan aplikasi Bumi Jawi adalah baik dengan skor 80.6%.



