Sistem Pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh
Keywords:
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kecekapan komunikasi, platform berasaskan webAbstract
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah penting dalam menyatukan perspektif pendidikan antara guru dan ibu bapa. Namun, di Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh, pengurusan PIBG secara manual membawa kepada ketidakcekapan komunikasi antara ahli PIBG. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Sistem Pengurusan PIBG (SPPIBG) berasaskan web untuk melicinkan komunikasi dan penyebaran maklumat. Bahan terdiri daripada rujukan internet, jurnal, perbincangan dengan PIBG, dan analisis perbandingan dengan sistem sedia ada. Menggunakan Model Protaip (Prototyping Model), pembangunan SPPIBG memastikan kebolehsuaiannya. Prototaip SSPIBG meningkatkan komunikasi, memudahkan penyimpanan dokumen dan menyelaraskan urusan pembayaran yuran. Ia menggalakkan penglibatan ibu bapa dan mencadangkan penyepaduan pembayaran dalam talian untuk yuran keahlian. Kesimpulannya, SPPIBG meningkatkan proses komunikasi dan pentadbiran dengan ketara. Penambahbaikan pada masa hadapan termasuk memperhalusi integrasi pembayaran dalam talian untuk kemudahan yang lebih baik dalam transaksi yuran untuk ahli PIBG.



