Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih Bahasa Melayu

Authors

  • Nurul Amisya Nabila Jaafar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Munirah Mohd Yusof Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Aplikasi Mudah Alih (M-Learning), Android, Agile metodologi

Abstract

Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih Bahasa Melayu merupakan aplikasi yang berfokuskan kepada pembelajaran membaca dan mengeja Bahasa Melayu tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Parit Raja, ia dibangunkan dengan menggunakan konsep mudah alih (M-learning). M-learning adalah cara yang berkesan untuk membantu pelajar mengulang kaji semula pelajaran mereka dengan menggunakan peranti mudah alih serta ia dapat menjimatkan masa berbanding menulis di atas kertas. Walaubagaimanapun, dengan kewujudan teknologi mudah alih ini, pelajar dengan mudahnya dapat menggunakan aplikasi dengan penggunaan peranti mudah alih tanpa wayar dengan lebih fleksibel. Dalam mewujudkan proses pembangunan yang lancar, metodologi yang digunakan sebagai tanda arah adalah metodologi Agile dan dibangunkan dengan menggunakan perisian Android Studio dan Xampp/Firebase dengan penggunaan bahasa pengaturcaraan Java dan SQL. Akhir sekali, diharapkan bahawa aplikasi ini dapat membantu menyelesaikan masalah pemulihan pembelajaran pasca pandemik yang membantu kembali pelajar yang tercicir, dan memberikan sokongan jangka panjang terhadap sukatan pelajaran dinamik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

09-12-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Jaafar, N. A. N., & Mohd Yusof, M. (2024). Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih Bahasa Melayu. Applied Information Technology And Computer Science, 5(2), 1299-1315. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/16249