Sistem Pemantauan Perkembangan Anak-Anak Autisme
Keywords:
Autisme, Perkembangan, Sistem berasaskan webAbstract
Sistem Pemantauan Perkembangan Anak–Anak Autisme merupakan sebuah sistem berasaskan web yang dibangunkan untuk membantu guru merekod aktiviti harian dan menilai tahap perkembangan anak–anak autisme mengikut modul tahap perkembangan yang disediakan. Pada ketika ini, The National Autism Society of Malaysia (NASOM) menggunakan kaedah secara manual bagi menyimpan maklumat peribadi dan perkembangan anak-anak autisme serta tiada platform khusus bagi ibu bapa mengetahui tahap perkembangan anak autisme dan berinteraksi bersama guru. Metodologi prototaip Throwaway dipilih sebagai panduan bagi pembangunan kerana keupayaannya menampung keperluan pengguna awal, maklum balas dan pemahaman keperluan pengguna. Seterusnya, sistem ini dibangunkan adalah dengan menggunakan kaedah pendekatan berstruktur. Terdapat tiga pengguna bagi sistem ini iaitu; pentadbir, guru, dan ibu bapa. Sistem Pemantauan Perkembangan Anak–Anak Autisme akan dapat membantu para guru merekod aktiviti dan perkembangan anak autisme serta ibu bapa dapat memantau secara terus aktiviti harian dan perkembangan mingguan anak autisme serta berinteraksi bersama guru secara terus.



