Aplikasi Perkongsian Kenderaan
Keywords:
Aplikasi, perkongsian kenderaan, perjalananAbstract
Aplikasi Perkongsian Kenderaan merupakan sebuah aplikasi yang membantu pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berkongsi kenderaan antara satu sama lain ketika ingin pulang ke kampung pada cuti. Aplikasi ini berfungsi sebagai sebuah platform untuk mencari rakan perkongsian kenderaan dengan mudah. Pembinaan aplikasi ini kerana berlakunya kesukaran dalam kalangan pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung halaman disebabkan kos perjalanan yang terlalu tinggi. Di dalam pembinaan aplikasi perkongsian kenderaan ini, metodologi model prototaip telah digunakan sebagai panduan kepada proses pembinaan projek ini. Metodologi prototaip mempunyai enam fasa yang meliputi proses analisis keperluan, rekabentuk pantas, pembinaan prototaip, penilaian pengguna, penelitian prototaip dan pelaksanaan dan penyelenggaraan. Pembangunan aplikasi ini menggunakan bahasa pengekodan Dart dan menggunakan perisian Flutter dan Visual Studio Code kepada pembinaan prototaip aplikasi ini. Oleh itu, aplikasi perkongsian ini dapat memberikan bantuan kepada individu yang ingin berjalan jauh.