Sistem Pengurusan Pekerja MyCar
Keywords:
Sistem Pengurusan Pekerja, Sistem Berasaskan Web, Model Waterfall, Pendekatan BerstrukturAbstract
Sistem Pengurusan Pekerja MyCar adalah satu sistem berasaskan web yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan sedia ada di syarikat MyCar. Memandangkan syarikat MyCar masih menggunakan kaedah manual untuk urusan mendaftar pekerja, membuat permohonan cuti, pengiraan gaji secara manual dan tiada laporan pekerja yang mudah dirujuk, maka sistem ini dibangunkan khusus untuk pihak sumber manusia dan pekerja MyCar. Berikutan itu, sistem pengurusan pekerja MyCar boleh dijalankan dengan lebih sistematik, menjimatkan masa merekod dan mengemas kini maklumat pekerja serta mengurangkan tenaga pekerja. Sistem ini direkabentuk menggunakan pendekatan berstruktur dan model yang digunakan ialah model Waterfall kerana setiap fasa adalah bersesuaian dengan pembangunan sistem. Selain itu, sistem ini dibangunkan menggunakan perisian Sublime Text dan pelayan MySQL untuk menyimpan data dalam pangkalan data. Akhir sekali, dijangka sistem Pengurusan Pekerja MyCar dapat digunakan secara optimum dan memberi manfaat kepada pemilik syarikat untuk melihat laporan pekerjanya setiap minggu. Selain itu, pekerja boleh meningkatkan kecekapan dalam menjalankan proses pengurusan pejabat dengan lebih berkesan dengan hanya menggunakan peranti mudah alih atau tablet.