Sistem Pengurusan dan Tempahan Rumah Inap di Kota Bharu berasaskan Web
Keywords:
Rumah inap, tempahan atas talian, sistem berasaskan webAbstract
Rumah inap adalah satu keperluan bagi pelancong yang datang melancong ke sesuatu tempat atau negeri. Ia merupakan sebuah pusat penempatan sementara untuk mereka berehat dan berlindung dari cuaca yang kurang baik seperti hujan. Jika dapat dilihat, ramai pelancong mencari rumah penginapan sepanjang tempoh pelancongan mereka untuk berteduh. Oleh itu, sistem tempahan dan pengurusan rumah inap ini dibangunkan bertujuan untuk membantu pelancong dalam mencari dan membuat tempahan penginapan dengan menggunakan sistem ini. Tambahan pula, sistem ini juga dapat membantu pemilik-pemilik rumah inap dalam memasarkan rumah inap bagi membantu perniagaan mereka agar dapat disebarkan secara meluas. Sistem ini membolehkan pelanggan mengesahkan kewujudan sebenar rumah inap bagi mengelakkan isu penipuan secara atas talian. Bukan itu sahaja, sistem ini juga membolehkan pelanggan melihat ulasan pengalaman pelanggan-pelanggan terdahulu bagi menjamin keselesaan mereka sepanjang tempoh pelancongan serta meninggalkan maklum balas. Metodologi yang digunakan dalam pembangunan sistem ialah Model Air Terjun. Manakala, teknologi yang terlibat pula adalah teknologi Laravel dan Tailwind framework. Secara keseluruhannya, sistem ini dibangunkan bertujuan memudahkan proses penempahan rumah inap oleh pelanggan serta pemilik-pemilik rumah inap dapat memajukan lagi perniagaan mereka. Pada akhir projek ini, sistem ini dijangka dapat membantu pelanggan dan pemilik-pemilik rumah inap dalam urusan penempahan rumah inap secara atas talian.