Pembangunan Aplikasi pembelajaran Mudah Alih: Jom Peribahasa

Authors

  • Shanur Balqis Shah Reza Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Rahayu A Hamid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Aplikasi pembelajaran mudah alih, Peribahasa, 2D animasi

Abstract

Terdapat pelbagai teknologi yang telah diterapkan dalam proses pembelajaran di sekolah dari tahun ke tahun. Animasi 2D juga telah digunakan dalam pelbagai industri termasuk juga industri pendidikan. Akan tetapi, aplikasi pembelajaran peribahasa Bahasa Melayu menggunakan animasi 2D masih belum banyak dibangunkan. Maka, dengan adanya pembangunan aplikasi pembelajaran mudah alih Jom Peribahasa yang menggunakan pendekatan teknologi animasi 2D ini dapat menambah bahan pembelajaran alternatif untuk pelajar yang berusia sekitar 13 – 17 tahun. Pembangunan kandungan multimedia mudah alih (MMCD) merupakan metodologi yang digunakan untuk membangunkan aplikasi Jom Peribahasa. Seterusnya, melalui kaji selidik yang dijalankan telah memberi keputusan yang menyimpulkan bahawa Jom Peribahasa adalah aplikasi yang sesuai dijadikan sebagai bahan bantu belajar di sekolah.

Downloads

Published

29-08-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Shah Reza, S. B. B., & A Hamid, R. . (2024). Pembangunan Aplikasi pembelajaran Mudah Alih: Jom Peribahasa. Applied Information Technology And Computer Science, 5(1), 315-334. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/12213